Padah membelasah isteri sehingga cedera, seorang bapa muda tiga anak, dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini.
Keputusan itu dibuat selepas tertuduh Mohamad Iqbal Rahim, 24 tahun membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati mendatangkan cedera kepada isterinya Norfatin Shafiqa Rosli, 24 tahun dengan cara memukul di badan dan kaki mangsa.
Berdasarkan fakta kes, akibat perselisihan faham, tertuduh telah mencekik dan memukul isterinya di bahagian tangan, kaki dan badan sehingga wanita itu terjatuh ke jalan akibat kaki lima yang bertangga dan tersungkur di tepi longkang.
Kesalahan itu dilakukan di tepi jalan berhampiran sebuah kedai gunting rambut di Taman Malim Jaya, Melaka sekitar 8.30 malam, 26 Oktober 2019 lalu.
Justeru, tertuduh yang bekerja sambilan sebagai penyambut tetamu di sebuah hotel didakwa mengikut seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama dengan seksyen 326A Kanun sama dan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau dengan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Terdahulu, prosiding yang dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Anis Najwa Nazari mencadangkan hukuman setimpal dengan mengambil kira mangsa merupakan isteri kepada tertuduh.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu hukumannya diringankan dengan alasan dia perlu menanggung anak-anaknya yang masih kecil.
Muhammad Nazrin sebelum menjatuhkan hukuman sempat berkata, sebagai suami tertuduh seharusnya melindungi seorang isteri dan perbuatan yang berbentuk keganasan rumah tangga perlu dikenakan hukuman berat supaya menjadi pengajaran kepada masyarakat.
Beliau kemudian menjatuhi hukuman penjara lapan bulan kepada tertuduh bermula dari tarikh tangkapan dibuat pada semalam.
Sementara itu, dalam prosiding berasingan di mahkamah sama, tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memberikan dadah methaphetamine kepada diri sendiri, di pejabat bahagian siasatan jenayah narkotik daerah Melaka Tengah, jam 8.30 pagi, 27 Oktober lalu.
Muhammad Nazrin bagaimanapun membenarkan jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh dan menetapkan 19 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Shuhada Abdul Kadir
Thu Oct 31 2019
Akibat perselisihan faham, tertuduh telah mencekik dan memukul isterinya di bahagian tangan, kaki dan badan sehingga wanita itu terjatuh ke jalan. - Foto Astro AWANI
Piala Asia: Skuad hoki dalam dewan Malaysia belasah Oman 10-2
Skuad hoki lelaki dalam dewan negara memulakan kempen mempertahankan Piala Asia Hoki Dalam Dewan 2024 dengan bergaya apabila membelasah Oman 10-2.
PRN Sabah: BN sedia kerjasama dengan mana-mana parti, tapi keutamaan dengan PH
BN sedia bekerjasama dengan mana-mana parti bagi menghadapi PRN Sabah tetapi keutamaan mereka ialah memperkukuhkan kerjasama dengan PH.
AWANI Borneo [21/05/2024] – Pasca mesyuarat Kabinet | Kebakaran terkawal | Tiada pemindahan
Awani Borneo Selasa, 21 Mei 2024 bersama Jasmine Abu Bakar;
1. Sambutan Hari Malaysia 2024 di Sabah
2. Kebakaran hutan Bukit Sim-Sim, tidak jejas sesi persekolahan
3. Baram dinaiki air, pertembungan air pasang & hujan lebat
1. Sambutan Hari Malaysia 2024 di Sabah
2. Kebakaran hutan Bukit Sim-Sim, tidak jejas sesi persekolahan
3. Baram dinaiki air, pertembungan air pasang & hujan lebat
Guru besar, kontraktor didakwa tuntut bayaran guna dokumen palsu
Seorang guru besar di Pitas berhadapan lapan pertuduhan mengemukakan dokumen palsu dan bersubahat dengan kontraktor bagi tuntutan bayaran.
Pertembungan air pasang & hujan lebat punca baram dinaiki air
Pertembungan air pasang besar dan hujan lebat berterusan menjadi punca Kampung Long Bemang di kawasan Baram, Sarawak dinaiki air sejak Isnin.
Guru besar & kontraktor berdepan empat pertuduhan
Seorang guru besar dan seorang kontraktor dihadapkan di mahkamah khas rasuah Kota Kinabalu pada Selasa atas dakwaan menuntut pembayaran dengan mengemukakan dokumen palsu di salah sebuah sekolah rendah di Sabah.
Autonomi pendidikan mampu atasi kekurangan guru di Sarawak
Langkah serius Sarawak untuk menuntut hak daripada kerajaan persekutuan khususnya dalam autonomi pendidikan seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) mampu mengatasi masalah kekurangan guru.
Sesi persekolahan tidak terjejas, situasi dikawal bomba
Operasi dan aktiviti sekolah yang tidak jauh daripada kebakaran hutan di Bukit Sim-Sim, Sandakan berjalan seperti biasa kerana kebakaran yang dilaporkan berlaku sejak Sabtu lalu terkawal.
Penantian bermakna, beri keselesaan buat keluarga - Penerima
Penerima rumah SMJ yang merupakan ibu tunggal, Chong Kui Kyau gembira menerima rumah tersebut dan menyifatkan rumah miliknya kini sangat bermakna.
Kerjasama dengan LPPB, KTI sasar RM48 juta
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyaksikan pelancaran prospektus tawaran awam (IPO) KTI Landmark Berhad yang menyasarkan peningkatan kepada RM48 juta menerusi penyenaraiannya di pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad.
40 lokasi di Melaka dijangka terima liputan 5G September ini
Pelaksanaan rangkaian 5G oleh K-KOM melalui DNB itu akan diperluas melalui penggunaan perabot jalan seperti tiang lampu jalan.
Peniaga ke tali gantung, pijak kepala lelaki tidak dikenali sehingga maut
Mangsa telah dipijak selama seminit di bahagian kepala oleh tertuduh selepas lelaki itu tidak berpuas hati dengan kata-kata yang dikeluarkan oleh mangsa.
Penyelia syarikat didakwa memandu dalam keadaan mabuk, sebabkan kematian
Lee Han Wee mengaku tidak bersalah atas tuduhan memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan kemalangan maut, akhir bulan lalu.
Polis siasat pihak sebar tuduhan pemimpin politik Melaka terbabit serangan seksual
Polis telah menerima dua laporan berkaitan penyebaran mesej berkenaan.
Ayer Keroh, Alor Gajah dan Jasin bakal dibangunkan bagi pelancongan berasaskan eko, agro
Inisiatif dijalankan bagi menambah produk pelancongan dan mengalihkan tumpuan pelancong yang tertumpu di pusat bandar yang kini semakin sesak ke luar bandar.
Ingkar PKPP: 'Datuk Seri', 'Datuk' ditahan selepas bergelut dengan polis
Kesemua mereka yang berusia 27 hingga 41 tahun didakwa tidak berpuas hati selepas pihak polis ingin melakukan pemeriksaan terhadap mereka.
Tumbuk, bawa lari kereta polis, cubaan melanggar: Lelaki mengaku tidak bersalah lima pertuduhan
Tertuduh didakwa cuba membunuh seorang anggota polis yang boleh menyebabkan kematian dengan memandu laju sebuah kereta polis.
8 tahun rogol anak, pemandu teksi kini direman
Seorang pemandu teksi direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh selepas dipercayai merogol anak kandungnya yang kini berusia 14 tahun.
Rogol berkumpulan: Dua beradik dihadapkan ke mahkamah
Dua beradik A. Gunasekaran dan A. Sarawanankumar, serta rakan mereka, K. Dinesh, didakwa merogol seorang remaja perempuan pada 28 Feb lalu.
Cubit anak tiri, wanita hamil dihadapkan ke mahkamah
Gara-gara mencubit paha anak tirinya sehingga lebam, seorang wanita hamil berusia 28 tahun dihadapkan ke mahkamah hari ini.